Thursday 19 September 2013

Pregnancy : Rhesus Negative . RhoGam .


ak 
+ 
pregnancy 
+ 
rhesus Negative ( O neg 
deliver baby ?





ak wanita pemegang darah faktor Rhsesus (-ve)


dulu time sekolah teringin sesangat nak taw yg ak ni jenis darah ape. till 18th years old br la dpat tahu. tu pon sbb da cukup umur dandan boleh derma darah.
starting from there la, ak cnfrm dpt tau faktor rhesus yg ak bawa. (walaupun dat time mcm stupid xtahu ape2). tp detect something weird dkalangan donater yg lain.

bila turn ak jumpa doktor


ak     :     nape n darah saya ?
doc   :     mak ayah awk kawen campur ke? i mean sorg melayu & sorang lagi orang arab                    atau mat salleh ke ?
ak     :     tak. duadua parents sy org melayu.
doc   :     (wat muke blurr)..ok takpe..
ak     :     (ak lagi la bluuurrrrrrrrr........)

(pastu macam tu je la....yg ak tahu, after 1st time derma darah tu kire kerap gak la ak g derma darah ats kerelaan sendiri.sbb sedar jenis  O -ve adalah sgt diperlukan. pihak Pusat Darah Negara pun kerap call suh g derma darah bila genap masa ak donate.since ak da kawen ni je, blum ade pihak PDN call suh g blood donate.)

actually


Rhsesus (-ve) ni bukan penyakit tapi berkaitan dengan jenis kumpulan darah kita.
setiap jenis darah ada faktor rhesus sama ada positif atau negatif
 selalunya kebanyakan orang di Malaysia berhesus positif.minoriti sgt yg berhesus negatif .



ini semua ak tahu since ak wat research senirik



!thanks mr gugle!

.. moh bc sikit ni ..



Rhesus adalah satu kumpulan antigen (bahan dianggap asing oleh badan) yang mungkin atau tidak hadir pada permukaan sel darah merah. Ia menjadi asas bagi sistem kumpulan darah. Kebanyakan orang tidak mengira jenis darah mereka mempunyai rhesus positif. Individu yang tidak mempunyai faktor ini dipanggil rhesus negatif atau Rh negatif.

Menurut Dr Ho, Rh negatif dianggap sebagai keadaan tidak normal dan ia jarang berlaku. Ketidakserasian antara darah Rh positif dan Rh negatif boleh menyebabkan penyakit berkaitan darah pada bayi. Bagi wanita yang mempunyai Rh negatif, suami akan dipanggil untuk menjalani ujian. Jika suami juga mempunyai Rh negatif, bermakna anda boleh menarik nafas lega kerana darah anda ‘serasi’ dengan darah suami.




Pada keadaan biasa faktor ini tidak memberi kesan kepada kesihatan kecuali ketika anda mengandung. Apa dibimbangkan ialah jika isteri mempunyai Rh negatif dan suami pula Rh positif. Oleh kerana bayi adalah gabungan daripada bahan baka ayah dan ibu, maka badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk ‘menolak’ bayi yang dianggap sebagai bahan asing. Ini menyebabkan wanita boleh mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.


gambarajah shown :


A- kead. darah ibu semasa kandungan bayi pertama

B- kead. darah ibu selepas kelahiran bayi pertama

gambaran mudah antara

 Rhesus +ve (suami)  dengan Rhesus -ve (isteri/ibu),
pembawakan darah bayi kepada tubuh ibu dan kesan terhadap kandungan seterusnya.





Jika anda mengalami pendarahan sebelum atau selepas melahirkan anak, doktor akan memberikan suntikan RhoGAM untuk mengelakkan komplikasi. Ini bermakna doktor akan memberikan suntikan setiap kali anda mengalami pendarahan sepanjang sembilan bulan kehamilan. Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan komplikasi jika anda mengandung lagi. RhoGam ni bersifat meneutralkan blk darah.

risiko2 yang perlu dihadapi oleh org yang berhesus -ve semasa preggy, kalau anak pertama  rhesus +ve takde masalah sangat , tapi si ibu kene dicucuk dengan RhoGam supaya kandungan kedua dan seterusnya tak bermasalah.

*****

kalau baby rhesus +ve, kite mesti dicucuk RhoGam dalam tempoh 72 jam
kalau tak berbahaya utk second pregnancy...
if tak cucuk Rhogam, NANTI  body kite ingat kandungan kedua tu benda asing dlm badan dan cube utk singkirkannya . then kemungkinan kite akan mengalami miscariage/kecacatan pada bayi.


(so far ini la yg ak paham about my body)







No comments:

Post a Comment