Sunday, 14 July 2013

RESIPI : Pajeri Terung

share Pajeri Terung by azie kitchen



Bahan bahan:
3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
7 cili kering - kisar
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar udang kering - tumbuk
4 rempah menumis
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Udang hidup - buang kulit
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam
Gula Melaka
Gula


Cara cara:
Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah jangan sampai putus.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap.  Angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak dan masukkan rempah menumis, bawang merah dan bawang putih hiris sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.




Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.




Masukkan udang. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.



Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng.  Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. 



Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Engagement : PERSIAPAN II TUAN TAPAK




...dlm ko nak wat majlis tunang, ko la plg sebok kan. ko la yg gile koserr kan sume pon ko nak wat sndiri kan. tukang deal pon ko.tukang kutip pon ko.tukang handle mcm2 pon ko..tukang beli itu ini pon ko.ape daye ade dua tangan dua kaki jerr kan. *kutukdirisenirik* 


ak igt lagi, keje kt opis pon bukan main sama naik~ tp xpe kunun ak blh handle sume arr kan utk majlis nant. ak kan kental *sangaatt* .kuikui.


dalam sebok2 , tiap hari blk kje sekuntum sehari ak bina bunga ni demi nak jdkan sejambak! *sejambak la sgt oOiiii* konon nk wat sendr la sesuatu utk majlis senirik khenn.


ni la hasil die.,







nampak x nampak? hand bouquet
buatan ak tuh.

*mekasihmekasih (senyum2 kepala kasi angguk pandang kiri kanan) *perasan*
eh? bukan ckap cantik ke td? pftttt 
*perasan* *keciwa*  (^.^) *


baju segala ak tempah jer sbb malas nak pikior banyak.walau xsperti dlm jangkaan! tp bley la dr xdak kan. cari khemah pon ak buat. deal punya deal die dtg pasang dkat 12t/mlm sblm majlis. korg henggat sape yg tunggu smpi hbs pasang? ahkak jugak dikk. puas ronda porch keta, pusing bwh khemah tgu tgk derg pasang sampaikan meniarap depan pintuu rumah tgu sampai siap! grrrRr .... xyah ty..meh ak jwb! dkt kull 3 pagi. (! !) maka setle majlis mand maghrib then tersungkur ak tdo d kaki sofa tengah ruang tamu pd mlm petama bergelar tunang org.ahahak

mn x nye pagi2 majlis tu berkejaran ak g

collect cake.
collect plak kuih muih.
celah2 tu g bungkos nasi lemak n g mkan n bf (time tu bf lg la kan)hee.
pastuh gesa2 blk umah mand2, punggah segala nak g makeup kat kdai.
da dkat nak zohor br pulang ke pangkuan rumah.
gila py terkejar2.
penat.
majlis lpas zohor.



apepun end up
majlis berjalan lancar. 



tgu nant cite majlis nikah lak.tgu la tp xtaw la bile erk. ;D
bye!












Engagement : PERSIAPAN I TUAN TAPAK

Hantaran ms majlis tunang dr pihak Perempuan utk Lelaki

1.     sireh junjung + cincin
2.     kain baju melayu nikah
3.     songket
4.     kain baju batik
5.     sejadah
6.     kain pelikat
7.     cake
8.     fruits
9.     chocolates

*all decor sponsored by daddy. winkwink*


Hantaran ms majlis tunang dr pihak Lelaki utk Perempuan

1.     tepak sireh 
2.     cincin
2.     kain baju nikah
3.     kain bj kurung
4.     kain telekung
5.     sejadah
6.     cake
7.     fruits

ak da malas nk uplode pic time majlis tunang. seakan2 mcm nk drag ak ke ms tuh. tetibe terasa sgt penatnya utk persediaan tuk majlis tunang nih. pfffttt....





...tgu episod  lain kalu ade.
kalu ak rajin nak cite lg la.hee
bye!





Ramadhan 4 & 5

13hb julai 2013 
bersamaan                                      
4 Ramadhan 1434H

jatuh pada hari  SABTU 



Menu Berbuka :

daging masak lemak cili padi + rebung  (cooked by MIL) 
sup ayam + kentang  (cooked by MIL) 
ikan cencaru sumbat (cooked by MIL) 
sayur campur goreng udang (cooked by MIL) 

kerutuk limpa (beli hokeh!)

tepung pelita
akok
kuih jeniper lopez
serimuka
karipap
gula melaka
* semua kuih beli.huhu*

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

14hb julai 2013 
bersamaan                                      
5 Ramadhan 1434H

jatuh pada hari  AHAD



Menu Berbuka :

beli nasik bungkos @ bazaar greenwood. sukses sgt! ;p




pooon xdek gambar jugak . bye!

Ramadhan 3


12hb julai 2013 
bersamaam                                      
3 Ramadhan 1434H

jatuh pada hari  JUMAAT 



Menu Berbuka :

sambal tumis bilis petai (da capai hukum harus ade.huu) *requsted*
sup ayam + kentang
sambal udang pedas 
daging bako


xde gambar jugak lagi.sbb nant teliorr..hii. bye!

Ramadhan 2

11hb julai 2013 
bersamaam                                      
2 Ramadhan 1434H

jatuh pada hari  KHAMIS 



Menu Berbuka :

sambal tumis bilis petai
ikan goreng
sayur cauliflower + boncis goreng udang + isi ikan
kari sotong


xde gambar ok nant teliorr..hii. bye!

Ramadhan 1

10hb julai 2013 
bersamaam                                      
1 Ramadhan 1434H

jatuh pada hari  RABU 


Menu Berbuka :

sambal tumis bilis petai
ikan goreng
sayur kangkung goreng sotong


xde gambar nant teliorr..hii. bye!